Review Novel : Hijrah Cinta Kerana Dia

Farah
2


Assalamualaikum =D

Hai semua!

Bila buka twitter je, mesti nampak Uniten Insider update tweet "lagi berapa hari je". Ok maksud dia, dia ingatkan yang budak - budak uniten jangan nak malas sangat balik campus masing - masing tau, sebab cuti semester dah habis. So faham - faham peranan anda sebagai seorang student. Ok tu pesanan dia dan maksud tersirat. Haha, ok gurau. Admin Uniten Insider, kalau baca jangan marah ye. I gurau je =) .

Then ramai - lah yang retweet cakap "ah malasnya nak balik!". Haha, termasuklah makcik sorang ni. Dengan barang dia tak kemas, tak beli...Ahad dah balik. Hurm... Hai, makcik...Makcik...

Eh, oklah! Sebenarnya hari ni, aku nak review novel "Hijrah Cinta Kerana Dia".
Pada aku, novel dia...Bestlah, not bad! Cuma masa awal - awal baca je, nampak bosan. Tapi bila dah part klimaks macam not bad lah story dia.



Review Novel Hijrah Cinta Kerana Dia, dari Cik Fara kita...
Perjalanan hidup kita ini tidak selalu indah. Ada suka dan ada duka. Sekejap kita di bawah dan sekejap pula kita di atas. Begitulah roda kehidupan yang Allah atur untuk para hambaNya. Setiap orang ada kisah silam mereka. Kisah silam yang mungkin pahit untuk di telan. Tapi terkadang,dari kisah itu membuatkan kita untuk bangkit dan berubah. Satu cara perubahan yg tepat adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Dan itulah kisah Humairah dalam novel ini. 

Dia suka pada Humairah. Dia suka kerana Allah dan tanpa segan silu dia ingin melamar Humairah. Bukan mudah untuk dapatkan cinta sejati ni, dia perlu berhadapan dengan beberapa ujian yg di atur oleh keluarga Humairah sendiri. Dan Alhamdulillah,dia berjaya melepasi ujian tersebut. Takdir Allah telah menentukan jodoh dia dengan Humairah. Dan itulah kisah suami Humairah,Wafiq.


Novel ni penuh dengan nasihat. Setiap bab ada diselitkan potongan ayat Al - Quran dan hadis - hadis yang berkaitan dengan bab tersebut. Dan pada huda,novel ni banyak pengajaran yg ingin dikongsikan penulis utk para pembaca. Best tau. Novel ni lain dari yg lain....Cerita cinta yg more to islamic....Dan itulah dia kisah di sebalik novel Hijrah Cinta Kerana Dia.


Review novel Hijrah Cinta Kerana Dia, dari laman web Penulisan2u.my
“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa, dah tak cukup kau pakai empat mata sekarang?” – WAFIQ
“Kau ni nak apa lagi dengan aku? Tak puas hati dengan aku?” – HUMAIRA
Pertemuan pertama taklah seindah mana. Bertikam lidah itu perkara biasa. Namun, kerana ‘peristiwa’ itu, tiba-tiba Wafiq jatuh cinta. Dan kerana kesungguhan Wafiq, dia dan Humaira disatukan jua.
DAMIA HUMAIRA – Gadis yang baru bertatih dalam hijrahnya mencari cinta Tuhan. Semakin dia ingin meraih kasih Ilahi, acap kali pula dia diuji. Hadirnya Wafiq sebagai sandaran dan sumber kekuatan untuknya meneruskan kehidupan.
WAFIQ RIZQI – Budak engine yang selama ini dalam dunianya sendiri. Tapi hadirnya Humaira membawa sinar kebahagian buat diri. Dia, anak muda yang punya kesungguhan tinggi. Baginya, apa saja cita-citanya harus direalisasi dan memiliki Humaira merupakan antara cita-citanya yang tertinggi.
Baru tiga bulan disatukan, dugaan datang bertimpa. Terbongkarnya rahsia diari lama milik Humaira merupakan ujian hebat buat Wafiq. Kisah silam Humaira bersama bekas teman lelakinya, Syakir membuatkan perasaan Wafiq mula berubah.
“Harap aje pakai tudung labuh. Abang ingat Humaira dah berubah. Tapi abang silap. Maira sama aje macam dulu. Tak berubah! Depan abang aje tunjuk baik. Belakang macam setan! Perempuan jalang, pantang disentuh lelaki!” – Wafiq
“Maira tak sangka sehina ini Maira pada pandangan abang. Memang Maira jahat dulu. Tapi salah ke Maira nak berubah jadi baik? Salah ke?” – Humaira
SYAKIR – Baginya, Humaira harus dimiliki. Cinta pertama yang tak mungkin akan dilupai. Biarpun ada Syuhada di sisi, tapi Humaira harus dimiliki. Baginya, Wafiq ialah perampas! Perampas kebahagiaannya daripada melakar impian bersama Humaira.
“Semudah tu awak buang cinta kita?” – Syakir
“Cinta kita dah lama mati, Syakir. Tolong hargai Syuhada. Dia wanita yang baik.” – Humaira
Tanpa diduga berlaku sesuatu di antara Syakir dan Syuhada, teman rapat Humaira. Humaira dihimpit rasa bersalah. Tegarkah dia mengorbankan kebahagiaan sendiri demi ukhuwah kerana Ilahi?
Apa benar kahwin pada usia muda itu tak menjanjikan bahagia? Dan adakah pendosa itu tak berhak untuk diberi peluang kedua?
Penulis: Fieyta An Nisa
Penerbit: Karyaseni
Harga: RM24(Semenanjung) // RM27(Sabah & Sarawak)
Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
www.karyaseni.my & www.p2u.my
credit penulisan2u

So, oklah sampai sini saja yang sempat huda update. Next time kalau ada story, huda update lagi ye. Thanks baca entry blog ni =)


Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !