Cerita Huda

8:58 AM Farah 6 Comments



Assalamualaikum =D


This page was created sebab nak cerita pasal diri sendiri. Bismillah...

Nama di beri Nur Farahuda. Ada yang panggil huda, ada juga yang panggil farah, kadang - kadang full name aku pun ada, farahuda. Nasib baik, tak panggil nur sekali haha.

Alhamdulillah, umur 25 tahun. InsyaAllah bakal habiskan study dalam awal tahun depan, dan aku seorang pelajar tahun akhir di salah sebuah Universiti swasta, di Pantai Timur sana (Pahang). 

Seorang yang edicted dengan warna pink, haha. Haraplah future husband dapat terima I seadanya, kihkihkih :P . 

Anak jati Johor. Dilahirkan dan menetap di Johor Bahru bersama keluarga tercinta.


Aku dan dunia penulisan
Seseorang yang suka menulis. Minat kepada penulisan ni terserlah, bila tiba - tiba terfikir nak create satu cerita. So, aku pun mula menulis dengan gaya bahasa sendiri. Masa tu baru je tingkatan 3 (15 tahun), faham - faham jelah bila budak 15 tahun mula mengarang, kihkihkih.

Masa tingkatan 5 pula, ada seorang guru ganti bahasa melayu, nama gelaran beliau, Cikgu Eric. So, one day, cikgu Eric pun buat satu pertandingan menulis cerpen. Aku tak tahu, kenapa masa tu aku berasa gembira gila, so aku pun tulis cerpen dengan bertemakan kekeluargaan. Tak silap pasal kes anak tiri dengan ibu tiri (kotlah, lupa). Aku tulis tu tak taulah betul ke tak, main tulis je ikut rentak sendiri. Lepas cikgu dah semak, dan baca. Cikgu pun umumkan siapa yang menang dekat kelas. Dipendekkan cerita aku memenangi pertandingan itu, tempat pertama. Aku dapat hadiah, kereta replika ferari dari shell tu, duit RM10 dengan coklat kitkat (tak silap akulah). Dari situlah, aku bertambah minat dengan dunia penulisan ni. Dan setiap kali terpandang kereta replika tersebut, aku akan ingat pada Cikgu Eric. 

Hari demi hari, aku masih belajar the way macam mana nak tulis dengan betul (penulisan aku ni masih tunggang langgang lagi). Ada juga niat nak pergi bengkel penulisan, tapi belum lagi kesampaian sebab sekarang ni aku busy belajar. Lepas tamat je SPM, terus masuk kolej and until now. InsyaAllah jika ada rezeki dan peluang, aku nak join kelas penulisan tu. 


Aku dan dunia blogging
Mula blogging pada tahun 2009. Tapi masa tu huda tak seactive sekarang. Start active pada tahun 2011 until now. Cuma sekarang kalau nampak slow motion sikit, maaf ye sebab sibuk dengan kehidupan seorang pelajar di tahun akhir, kihkihkihkih....

Alhamdulillah, kini huda di lantik oleh editor ZALORA sebagai salah seorang guest writer di ZALORA Community Malaysia (magazine online ZALORA MALAYSIA), selepas beberapa kali mendapat tawaran review product diorang dalam blog.


ZALORA Community Malaysia : Article Penuh
Nota dari penulis : Thanks to all yang sudi singgah baca entry - entry huda

6 comments:

  1. assalamualaikum kak nak tanye sikit nie kakak bolehkan? erm
    sebenarnye saye nak tanye macam mana nak buat dan hias sidebar2x macam akak punye nie..? dan macam mana nak buat smile sendiri untuk cbox?

    ReplyDelete
  2. cantik blog u dear..i suka..jom follow me back at http://ailzab.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. kite sama umo. hikhik

    ehh td kite pggl fara xpe ke? tukar la pggl huda ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh, hehe. Laaa, takpe. Tak kisah pun kalau nak panggil fara atau huda. Mana - mana boleh je =D

      Delete
  4. jom follow me back at http://riverstonegirl.blogspot.com

    ReplyDelete