Pilih product kecantikan yang sesuai dengan kulit wajah kita

8:14 PM


Assalamualaikum, =D


Hai,

Image result for skincare tumblr

Aku tahu semua perempuan mempunyai keinginan yang sama, iaitu nak kulit yang bersih dan flawless. Lagi kalau nampak kawan yang kulit flawless, tak ke rasa insecure sangat. Aku pun biasa rasa perasaan macam tu (normal lah kot, bagi perempuan), hahaha.

Aku pernah juga try satu product keluaran tempatan, masa tu dia baru je keluar dekat pasaran. Sekali guna je, kulit wajah aku dah rasa membahang. So aku terus stop. Sebab kulit wajah aku ni, once apply something if rasa membahang, maksudnya tak sesuai. Kalau tak rasa membahang tu, kira sesuai lah tu. 

Memang aku jenis memilih.
Eh, bukan aku yang memilih...
Tapi kulit wajah aku yang memilih.
I mean, I have sensitive skin ✌

Even pakai Safi pun kulit wajah aku tumbuh jerawat. Pakai Garnier pun sama. Tak sesuai. So nak pakai apa? Aku pernah cuba Tanaka, tapi pun sama, makin naik jerawat adalah. Macam - macam product dah aku tukar before aku jumpa satu product yang aku guna since 2 tahun lepas. 

So at last, aku decide untuk guna je skincare yang mak aku suggest. Alhamdulillah dah guna 2 tahun, oklah. Jerawat pun macam susah je nak naik (kecuali pada masa - masa tertentu bagi seorang perempuan atau masa tengah stress sangat). 

So suggestion aku buat semua, kalau nak beli sesuatu product, pastikan product tu betul - betul dah well known. Pastikan juga, product tersebut selamat untuk digunakan. Kalau nak cuba, beli dulu set trial. Biasa dengan set trial pun dah dapat response sama ada kita sesuai, atau tidak sesuai untuk gunakan product tersebut. Once ok dengan product trial, barulah beli set yang sebenar.

So tak membazir. Kulit pun tak teruk. 

Image result for skincare tumblr
Di samping menggunakan pencuci muka, apply moisturizer juga setiap hari.

Bila dah jumpa sesuatu product, consistence je. Jangan nak tukar - tukar lagi dah. Yang tukar - tukar tu masalah. Plus, kadang - kadang kalau sesuatu product tak memberi kesan, sebab kita tak rehatkan kulit wajah kita. 

Andai kata nak tukar product A ke product B, rehatkan dulu kulit wajah dengan tak apply apa - apa skincare, selama seminggu. Lepas seminggu baru guna product B, barulah nampak kesan dia. Kalau bercampur product A + B, nanti tak nampak keberkesanan sesuatu product tu.

Moga kita sama - sama consistence dengan product yang kita dah biasa guna.

Thanks baca  entry ni,
salam =D


You Might Also Like

3 comment di sini.

  1. Betul...kalau nak cuba satu satu produk tu kena beli trial pack dulu...dan study betul betul tentang produk tersebut..

    ReplyDelete
  2. saya pun jenis yg selalu tukar2 skincare. takut gak.
    tpi skrng tgh pakai nature republic, rasa nk cuba stay jekot dgn product tu

    ReplyDelete
  3. betul tu kena beli pack trial dlu untuk cuba tgk reaksi kulit.kalau beli yg besar mmbzir je.nsib kulit airah x sensitif sgt

    ReplyDelete