Langkawi Trip during CNY

10:00 AM Farah 1 Comments



Assalamualaikum, =D

Hai semua,
Selama ni entry ni di jadikan draft. Berminggu lamanya, sekarang baru gigih nak publish. Dan ini kira macam summary lah aku trip aku dan keluarga ke Langkawi tempoh hari. Haha, summary kau, macam dah buat karangan bahasa melayu! :P

So hari tu, masa CNY aku dan keluarga nan tercinta pergilah ke Langkawi seperti yang telah di rancang dari awal lagi. Semangat kot, lepas habis jawab second last paper tu (4/2), aku terus shoot balik ke JB. Esok paginya (5/2), aku dan family gerak ke Kuala Lumpur then akan naik flight ke Langkawi. Tiket flight tak silap petang, pukul berapa tak hingat, cuma yang aku ingat sampai - sampai sana, kami terus lepak kat tepi pantai bersebelahan dengan air port tu, pekena lah rojak dan mee laksa ala orang Langkawi. Well, not bad lah rasa dia.

Sampai dah petang, apa lagi...Kita orang pun terus lah ke homestay yang telah di sewa dari awal lagi. Well, not badlah. Dengan kemudahan homestay tu aku rasa selesa sangat. Sebuah rumah, ada 3 buah bilik, set sofa siap TV, siap ada dua buah bilik air, siap ada mesin basuh, and nak cakap semua lengkap. Homestay tu betul - betul berdekatan dengan Makam Mahsuri. Drive 2 minit dah sampai kat Makam Mahsuri. Sebab tu, kiteorang pilih melawat Makam Mahsuri masa last day kiteorang kat sana.

6/2/2016 - So, ni kira second day lah kami sekeluarga berada di Langkawi. Pagi - pagi tu, kiteorang dah gerak pergi ke Underwater, Langkawi dengan menaiki kereta sewa yang abah dah tempah awal - awal. Dengan adanya kereta sewa, sangat mudah kami nak gerak p sana sini satu keluarga.

Sampai - sampai je, terus pekena nasi lemak berlauk naa dekat Langkawi tu. Serious nasi makcik ni boleh tahanlah, not bad... Habis makan, dalam pukul 9 lebih macam tu kami pun masuk lah dekat Underwater Langkawi...



Antara gambar - gambar yang sempat di snap masa dekat Underwater kelmarin.

Selesai pusing satu tempat Underwater, Langkawi tu, kiteorang pun pergilah naik Cabel Car. Rasa macam teruja sangat, haha. Sebab selama ni simpan impian nak naik cabel car, then tercapai =D . 

Kami amik pas VIP untuk naik cable car ni. So takdelah susah - susah nak beratur panjang lagi nan berjela, hihi ;)
Macam biasa amiklah beberapa banyak gambar kenangan bila dah sampai dekat atas. So this is the one.

Yang ni pula, konon lah tak nak naik lif untuk ke destinasi seterusnya. Gigih kau turun naik tangga, dah macam mendaki aku rasa. Alhamdulillah, at last sampai ke destinasi seterusnya.

Sampai satu destinasi, ke satu destinasi tu mesti je ada diorang buat job ambil gambar pengunjung dekat situ. Hai takkan lah sekali ambil gambar tak beli, so kot mana nampak kualiti gambar yang kira cantik, kiteorang beli. 

Habis je aktiviti kami di sini, apa lagi...kami terus ke destinasi seterusnya. Cari makan tu penting, sebab perut kiteorang dah lapar. Then balik, lepas tu malam sambung berjalan lagi (eh kalau tak silap lah, haha). 

7/2 - Hari ni, hari bermakna salah seorang adik aku. 7/2, kira special lah weyh berjalan dengan keluarga, haha. Masa birthday aku, sibuk dengan preparation final exam (untuk last semester punya). So, on that day, birthday dia. Happy belated birthday untuk kau :P 

Hari ni, kiteorang berjalan - jalan melawat 3 buah Pulau, iaitu Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar (tempat tengok helang), dan Pulau Beras Basah. 

First destination - Tasik Dayang Bunting. 
Bermulalah aksi mendaki sambil menaiki anak tangga satu persatu. Peh, kira macam tinggi jugalah, sampai semput - semput aku di buatnya, haha.  


Sampai - sampai je, terus naik bot keliling pulau. Satu bot RM30. 

Kemudian ke destinasi seterusnya, Pulau Singa Besar, di sinilah tempat nak tengok helang. So, kiteorang stay dalam bot je, dalam 15 minit jugalah abang tu stay situ. Lepas tu terus ke destinasi seterusnya,

Pulau Beras Basah...

*maaflah dah senget - senget tudung, dek kerana angin tiup nan kuat :P *
Aku suka dengan pemandangan kat sini. Serious cantik sangat! Teruja gila!
Rasa kalau pergi lagi, habiskan masa kat sini pun tak apa dah, haha. 

Dari satu destinasi, ke satu destinasi abang yang bawa bot tu macam merempit. Serious dia bawa bot laju gila, nasib aku ni bukan sejenis yang mabuk laut. Cuma time ni pasrah lah kalau baju basah ke apa, haha. Tapi serious ah best!

Satu kenangan yang tak dapat aku lupakan! =D

Habis melawat tiga pulau, balik kejap salin baju, rehat dan solat. Lepas tu kami ke destinasi seterusnya. Errr, moh le kita shopping coklat, hihi.

8/3  - Ni kira hari last untuk kami berjalan - jalan - jalan dekat Langkawi tu. Pagi tu, kiteorang sarapan dekat gerai berdekatan dengan homestay kami. Lepas tu kami terus melawat makam mahsuri.



Berbelas tahun kemudian, kami bertiga kembali melawat makam mahsuri, bersama dua orang adik bongsu kami, huahuahua...


Selepas melawat Makam Mahsuri, kiteorang singgah sebentar dekat sawah padi.



Ha, cantiknya!
Serious aku memang suka tengok segala ciptaan Allah nan hijau ni! 
SubhanAllah....

kemudian kami singgah pula ke  Kraf Tangan Malaysia, ke batik? haha. Ok lupa!
Dekat situ ada jual pelbagai jenis baju yang diperbuat dari kain sutera batik. Barang - barangan craft juga ada yang berunsurkan batik, pameran lukisan - lukisan yang dijual di situ dengan harga yang berpatutan dan macam - macam lagi.

Then kami singgah pula ke Taman Burung Langkawi,






Ok, lepas tu, singgah ke destinasi seterusnya...
And done! =D

9/2 - Ok dah puas melawat Langkawi, so kami pun bergerak pulang. Flight ke KL dalam tengah hari  ke petang (macam tulah. Sebab dah lupa, lama sangat dekat sebulan kot, haha). Sampai KL, lepak airport kejap, lepas tu sewa homestay dekat area Bangi and stay sana dalam dua hari. Malam tu, shopping! =)

*yang stay dua hari tu family aku. Aku ni kenalah balik Pahang sebab ada lagi satu paper yang perlu dijawab.

10/2 - Balik Pahang, dengan semangat nak jawab last paper, haha. So esoknya, last paper (11/2), then lusa (12/2), aku balik JB semula.

Dan ok itu sahaja cerita kita. Thanks baca entry yang di kira panjang ini, haha =D

Credit photo : My brother,

Salam...

You Might Also Like

1 comment: