Jam Tangan Wanita

8:41 AM



Assalamualaikum, =D


Hai semua!
Selamat pagi =)

Aku ni sejenis yang tak suka pakai gelang. Kalau pakai pun, sekali dua...Lepas tu, dah! Buat perhiasan je dekat dalam bilik tu.

Since abah belikan aku jam tangan dulu (lupa pula masa tu, berapa umur aku ni), so start dari situlah aku mula suka pakai jam.



Dan 
kalau pergi mana - mana pun mesti kena pakai jam tangan. Kalau tak pakai, even terlupa atau tertinggal ke, aku akan rasa macam 'sesuatu' sangat! Ceh wah! Rasa macam janggal dan pelik bila tak pakai jam tangan.

Pada aku jam tangan ni bukan sekadar aksesori semata - mata, dengan jam tangan nilah kita boleh tengok jam dah pukul berapa dan dalam masa yang sama, kita boleh tepati masa. Tak adalah kalau dekat luar tu, terhegeh - hegeh nak cari phone dalam handbag, semata - mata nak tengok jam dah pukul berapa. Dan tak adalah susah - payahnya, kita nak tanya orang sekarang ni dah pukul berapa? Angkat tangan sekali, dah boleh tahu sendiri waktu sekarang dah pukul berapa? Ye tak?

Mudahkan?

Pula tu sekarang ni kalau nak dibandingkan jam tangan lelaki dengan perempuan, jam tangan perempuan lagi banyak segi bentuk rekaannya yang menarik bersama detailing yang lebih glamour. So bila dah banyak dekat pasaran, kita tinggal pilih nak bentuk yang macam mana, warna apa, jenama apa, tali yang macam mana dan banyak lagi. Bila dah pilih, dah berkenan dan beli, maka jadilah idaman kalbu si pemilik. 



Bukan tu saja tau, ada juga wanita yang suka beli jam tangan dan buat koleksi. So bila dah ada koleksi, senang nak padankan dengan tema baju yang dipakai pada hari tersebut. Contohnya, dia pakai baju warna pink...Kotlah time tu semua dia nak pink, mestilah dia pakai jam tangan pun warna pink. Ha, baru nampak pinky sikit time tu! 

Hisyh budak ni, tak ada warna lain ke dia nak bagi contoh. Pink juga dia pilih, tahulah dia suka warna pink!

Well, memandangkan sekarang ni dah zaman orang asyik dok beli online je. Senang cerita sekarang ni, semua dah di hujung jari. Sekadar click dan beli, katanya... Dengan beli baju online, beli beg online, beli kasut online, pokoknya semua nak online (eh, tapi...Tak adalah pula beli pokok secara online ye). So...Korang juga boleh dapatkan jam tangan online sekarang ni. Ha, korang click je gambar dan link kat bawah ni...

Lihat...Pelbagai jenis bentuk rekaan, style dan jenama jam tangan wanita yang korang boleh pilih di laman web Zalora ni. 
Mudah je, tinggal click dan beli! =)

CLICK SINI >> Jam Tangan Wanita untuk ke laman web Zalora.

Selain itu, korang juga bolehlah tengok koleksi - koleksi terbaru (seperti baju, seluar/skirt, kasut dan etc), yang di paparkan di laman web Zalora ni...

Oklah, sampai sini je yang sempat huda update. Nanti kalau ada story huda update lagi ye. Thanks singgah dan baca entry ni.

Bye, salam =)

You Might Also Like

0 comment di sini.