Resepi Nasi Goreng Bujang

8:00 AM


Assalamualaikum, =D


So hari ni nak feeling - feeling gitu bila dapat melepaskan 'rindu' update entry dalam laptop, haha. Selama dua minggu lepas, aku hanya sempat update entry melalui phone aku yang kecil tu je, bila cable laptop aku tu entah macam mana berasap tiba - tiba. So, fahamlah kan kepayahan nak update entry blog dalam phone tu macam mana? Ianya amat leceh sekali, lagi leceh bila nak upload gambar. Tang tu tahap kesabaran perlu tinggi.

Dan untuk entry kali ni, saja je nak share satu resepi yang semua orang dah tahu. Nama dia Nasi Goreng Bujang. 

So ni dia Nasi Goreng Bujang. Sambal udang tu abaikan sebab tu memang dah sedia ada, mak aku masak. Haha =D


Bahan - bahan
4 atau 5 senduk nasi.
Sedikit minyak masak untuk menumis.
1 biji bawang merah (besar)*
1 ulas bawang putih*
Cili padi (10 - 15 batang, ikut korang sebab kalau nak pedas tambah lagi banyak,hehe).*
Segenggam ikan bilis (sebenarnya kalau aku buat main agak - agak je).*
Sayur Sawi/Sayur kobis atau apa je bahan perencah yang korang nak tambah.
Telur satu biji (kalau nak buat telur mata kerbau lah).
Garam secukup rasa
Ajinamoto secukup rasa

*tumbuk kesemua bahan menggunakan lesum batu. 

Cara - cara 
1. Panaskan kuali. Panaskan minyak masak untuk menumis. Kemudian, tumiskan bahan - bahan yang sudah di tumbuk tadi. Biarkan tumisan itu sedikit garing.
2. Kemudian masukkan sedikit air (3/4 cawan air). Biarkan ianya mendidih rata seketika.
3. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa. Sekali lagi biarkan ianya mendidih seketika. 
4. Masukkan pula bahan - bahan tambahan. Contohnya sawi, kobis atau apa jua bahan tambahan lainnya. Biarkan semua bahan itu masak empuk seketika. 
5. Kemudian, masukkan pula nasi. Gaul rata. 

Dan siap. Senangkan nasi goreng bujang kita. Lepas tu kalau nak goreng telur ke apa ke, gorenglah sebagai penambah rasa. Kalau makan nasi goreng dengan keropok ikan pun, sedap juga, kan? 

Ok. Buat masa ini itu sahaja dari huda. Selamat mencuba. 

You Might Also Like

5 comment di sini.