Ayam Goreng masak Sambal Hijau

8:00 PM


Assalamualaikum, =D

Hai semua,
So hari ni saja nak share satu resepi yang sangat mudah dan simple, iaitu ayam goreng masak sambal hijau. 

Dan resepi yang sangat ringkas tu aku dapatkan dari blog ini, apa lagi aku pun follow jelah. Errr tapi adalah juga beberapa bahan yang aku tambah sendiri (just dua bahan je iaitu sedikit ikan bilis dan juga dua batang serai). Dekat bawah ni aku sertakan resepi Ayam Goreng masak Sambal Hijau.



Bahan - bahan
4 ketul ayam (potong dua) *digoreng
1 biji bawang besar *dihiris halus
1 biji bawang putih  *dihiris halus
3 biji batang lada hijau *dihiris halus
10 - 15 biji batang cili api *dihiris halus. (it up to you nak letak berapa - berapa, kalau nak pedas letak cili api lebih sikit, hehe) 
sedikit ikan bilis (part ni aku tambah sebab nak lagi ada rasa dalam masakan).
serbuk kunyit (untuk goreng ayam)
sedikit garam (secukup rasa)
sedikit ajinamoto (secukup rasa)
2 batang serai *diketuk* (part ni pun aku tambah, hehe) 
p/s: Blender bahan - bahan yang sudah di hiris halus - bawang besar, bawang putih, lada hijau,cili api dan sedikit ikan bilis.

Cara - cara memasak
1. Perapkan ayam yang sudah dicuci bersih dengan kunyit dan sedikit garam (secukup rasa) buat seketika.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang telah diperapkan tadi.
3. Bila ayam dah masak, angkat dan toskan. Kemudian dengan menggunakan minyak tadi, tumiskan bahan - bahan yang telah diblender dan juga serai yang telah diketuk tadi.
4. Kemudian biarkan ianya masak sehingga naik bau atau bila dah nampak bahan tumisan berwarna kekuning - kuningan (garing), dan masukkan sedikit air. Biarkan ianya mendidih seketika, masukkan pula garam dan ajinamoto secukup rasa.
5. Kemudian masukkan pula ayam yang telah digoreng sebentar tadi, kacau sehingga rata dan biarkan ianya mendidih seketika lagi (kali ni biar kasi kuah tadi tu serap dekat ayam pula). 
6. Siap untuk di hidangkan.

Ok dah siap taip - credit resepi dekat blog ini. Thanks ye kepada tuan blog kerana menyediakan satu resepi yang super simple, hehe. 

Thanks baca entry kali ni.

You Might Also Like

5 comment di sini.

  1. Nampak sedap~ Tapi x pandai ah nk masak2 nihh.. Adoih. =_="

    ReplyDelete
  2. hihi a ah nampak sedap.
    tapi akak ni malas wakaka.

    ReplyDelete
  3. Perrggghhh. Sedapnye... ni mmg lauk faveret lha! Nice~

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan singgah pagi dik Farah...wahh...nampak sedap ler...akak nak try ni..terima kasih dik kongsi resepi ni..

    ReplyDelete
  5. wahhhh macam menari je...nanti nak try lah resepi ni

    ReplyDelete