Resepi Penkek dan Hershey's

8:30 AM


Assalamualaikum, =D


Sebenarnya nama penkek hasil air tangan sendiri yang tak berapa nak jadi rupa dia ni, diberi nama penkek gebu. Sebab bila sekali pandang memang gebu dan tebal gitu, hahahahaha ^_^ . Idea untuk try buat penkek kali kedua ni terhasil bila terpandang post seorang teman di instagram, hehe. So nak try dan hopefully sangat jadi setelah percubaan yang pertama tu gagal (masa yang pertama kali tu terkurang bahan dan terlebih susu segar dutch lady, rasanya kot), tapi untuk kali ni Alhamdulillah menjadi pula walaupun rupa dia tak berapa nak lawa, haha =D

So ni adalah bahan - bahan yang di perlukan untuk membuat penkek ala - ala korea atau ala - ala ciptaan korang sendiri. 

Bahan - bahan
3/4 sudu tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil essence vanilla
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu susu cair
4 sudu besar gula kastor
dan majerin untuk memasak

Kalau nak buat kek ke, penkek ke, atau apa - apa jua lah, korang boleh guna sukatan sudu (yang berwarna hijau tu macam gambar dekat atas tu ye) . Mudah, senang dan tak payah pening - pening nak dok fikir sukatan ke nak timbang ke atau sebagainya. 
Sukatan sudu tu pun huda beli dekat Daiso je. Murah lah dalam RM 5, hehe =D .


Cara - cara nak buat dia. Mudah, senang dan ringkas je (hai ceh, padahal masa buat tu dok jeling - jeling resepi dalam phone, hahaa :P).

Step 1
Pecahkan 2 biji telur dan masukkan 4 sudu besar gula kaster.
Kacau sampai rata


Step 2
Masukkan 3/4 sudu tepung dan 1 sudu kecil serbuk penaik.

Step 3
Step 1+ Step 2 + 1 sudu kecil essence vanilla + 1 sudu kecil minyak masak + 1/2 sudu susu cair
dan kacau sehingga sebati.

Step 4
Panaskan majerin dalam kuali (huda guna small frypan so senang nak bentuk jadi bulat,hehe) dan goreng dengan api yang kecil. 

Step 5
Siap? Laaa dah boleh hidangkan leee ^_^ .

Ok siap!
Penkek Gebu + Hershey's (ala - ala korea, kononnye laaaa) ^_^
Untuk syrup dia sebenarnya selalu guna yang gula tu kan (huda tak tahu la nama dia, hehe), kalau nak guna coklat pun boleh (buat sendiri dengan menggunakan coklat masakan) tapi kalau nak senang ha tu siram je syrup coklat yang sedia ada ye - Hershey's atau apa - apa jua jenama lain. 
*penkek ni paling sesuai buat sarapan ok, huda buat malam sebab saje saje nak try, hehe =D*

Ok lupa nak bagitahu korang. Menu yang dekat nun atas tu just boleh hasilkan enam keping penkek je rasanya. So kalau nak tambah dua kali ganda, sila double - double kan resepi dekat nun atas tu ye, =D

Fyi, ni cerita malam semalam dan entry ni adalah auto publish punya entry ye (updated malam, publish pagi). Oh ye nanti nak share pasal cookies pula, tapi cookies tu dibeli lah bukan di buat, hahahaa. Ok hari dah malam, esok pula den nak p kerja (eh salah, practical laaa). Bye ....

Salam
^_^

You Might Also Like

7 comment di sini.

  1. wow nice... teringin nak buat lama tapi tatau nak pakai resipi mana satu XD hehe..

    nanti2 nak try kalau ada bahan hehe XD

    btw sudu sukatan tuh banyak betul... :D ahaha

    ReplyDelete
  2. Macam sedap...klu budak2 ni mesti suka sbb makan dgn choc syrup kan (^^,)

    ReplyDelete
  3. sya mmng suka guna syrup hershey's,& simple je cara akak buat tu.

    ReplyDelete
  4. Menarik untuk dicuba ni....bahan - bahannya juga mudah diperolehi .

    ReplyDelete