Resepi Kek Batik

5:32 PM



Assalamualaikum, =D





Seriously senang gila nak buat kek batik ni, dengan menggunakan empat sahaja bahan ianya sudah menjadi. Simplekan? Dan antara bahan - bahan yang korang perlukan untuk membuat kek batik adalah ...
--> 1 bungkus biskut marie
--> 250g buttercup
--> 200g milo (paket kecil)
--> 1/2 tin susu pekat manis

Ha, sikit je kan bahan - bahan yang diperlukan untuk buat kek batik ni. Cara nak buat dia pun simple gila! =D. Dan dekat bawah ni cara - cara nak buat dia ok.
--> Patah - patahkan biskut marie terlebih dahulu dan masukkan dalam loyang.
--> panaskan kuali
--> cairkan mentega/buttercup dengan api yang paling kecil, kemudian
--> masukkan pula milo dan susu dalam kuali yang sama dengan api yang paling kecil juga
--> siap? Tuang adunan yang korang dah buat tadi dekat biskut marie, kemudian tekan adunan korang tu dengan menggunakan sudu supaya biskut marie dan adunan yang korang buat tadi sebati.
--> masukkan dalam peti sejuk, tunggu lah dalam 45 minit hingga satu jam ke lepas tu bolehlah sediakan untuk di makan bersama keluarga.

ok. 
bye and Assalamualaikum =D
SELAMAT MENCUBA ^_^




You Might Also Like

7 comment di sini.

  1. nanti nak try lah. dap nya kek batik ! :D

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu buat kek batik. Tapi sekarang dah malas. Haha

    ReplyDelete
  3. Sedapp. Dah lama tak makan kek batik :)

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya. Yana tak pernah lagi makan kek batik. Nanti nak cuba la. Hee :D

    ReplyDelete
  5. follow XDD hehe..
    wow simple.. ank carik biskut marie dulu tadak stock biskut langsung kat rumah nih hehe..

    XDDD nyum3 terliur tgok XD

    ReplyDelete