Cara design dan buat penanda buku sendiri

9:59 PM


Assalamualaikum, =D


Hye semua =D . Semalam huda ada come up dengan satu entry (TEKAN SINI) dan dalam entry tersebut ramai juga yang request suruh huda tunjukkan cara nak design penanda buku yang simple tu. So, malam ni huda nak dok buat tutorial tersebut, hhehe . Bismillahirahmanirahim ...

and this is mine ok (baru try buat semalam, hehe) =D
TEKAN SINI untuk baca entry tersebut.


First of all, sila buka photoshop masing - masing . Tapi kalau korang nak guna photoscape atau software yang seangkatan dengannya pun boleh juga ok.


Lepas tu, untuk mula design ... Sila tekan FILE > NEW .

Tentukan width dan height korang .
*dan sila baca NOTA di dalam gambar tersebut ok, =D*

Ha, dah boleh start design bila dah dapat view look yang macam ni. Moh lah kita start design, hehe =D
Sebelum tu, korang kena cari dulu BACKGROUND dan juga picture yang korang nak masukkan nanti.


Tekan FILE > OPEN untuk masukkan gambar yang korang dah cari dan save. Lepas tu, korang perlu transfer/masukkan gambar - gambar yang korang nak tu dalam ruangan transparents di dalam gambar tu.


Bila korang dah masukkan semua gambar, maka jadilah seperti gambar di atas. Ha, senang jekan nak buat dia (cuma masukkan gambar dan siap! =D) .
Tapi kalau korang nak dok tulis - tulis, meh follow gambar dekat bawah ni pula ye,


TEKAN simbol 'T' seperti yang di tunjukkan dalam gambar di atas ok. Tulislah ayat - ayat pujangga yang korang (hehe, gurau je ok =D)


Ok, siap! Senang tak? 
Dah siap kenalah save. Untuk save - tekan FILE > SAVE AS (mesti save dalam format PNG.)


follow the instruction on the picture above ok, hehe ...
*save dalam format PNG tau. Lepas tu, dia ada keluar satu box kecil, then korang tekan 'OK' je* . 


dan inilah hasilnya. 


Senangkan nak design penanda buku ni sebenarnya, so korang bolehlah cuba hasilkan sendiri penanda buku ni . Tu baru bab design penanda buku, belum lagi masuk bab nak hias pula. Tapi bab nak hias ni, ikut creativiti korang ye (tak kisahlah nak hias macam mana pun ok).

Step 1 : Print penanda buku yang korang dah design tadi. 
*better pakai paper yang keras sikit, jimat pun jimat tak payah nak buat kerja dua tiga kali, hehe =D . Tapi, kalau tak ada kertas yang keras tu, korang boleh guna kertas A4 je *

Yang guna kertas A4 tu, huda cadangkan better korang print dua design korang tu untuk satukan depan dan belakang . 
contoh? tengok gambar seterusnya ...


untuk design korang punya penanda buku tu, korang perlukan ...
Kad Manila, design yang korang dah print tadi, gunting, gam, penebuk lubang, dan reben ...

Caranya ...
1. Guntingkan penanda buku yang korang design tadi.
2. Gunting kad manila, MAKE SURE sama saiz dengan penanda buku yang korang dah gunting tadi.
3. Tampal penanda buku yang korang dah design tu dekat kad manila (tampal depan dan belakang).
4. Dah siap? Tebuk tengah - tengah kad manila tadi dan hias dengan reben .

dan siap! =D


'Selamat Mencuba =D'


bye and Assalamualaikum 

You Might Also Like

9 comment di sini.

  1. THANKS ! hihi bole dah buat lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak design reben yang warna pink tu ??

    ReplyDelete
  3. thanks!!! smlm ada baca entry penanda buku tu..sgt kagum sbb cntik! :) nanti nk try buat..baru je download photoshop taw...hehe

    ReplyDelete
  4. Ribbon tu dekat mana nk ambil ?

    ReplyDelete
  5. Rajinnya.. Daku main selit2 kertas keras ntah mane2 punya je, haha~

    ReplyDelete